Sunday, March 30, 2014

Tragedi MH370

"Penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi"

Adakah ia benar atau hanya satu konspirasi ?? Kita semua tak pasti. Kalau di tanya , jawapan aku masih tetap ragu dengan kenyataan itu. Tapi Allah Maha Mengetahui. Andai benar , ia terhempas di situ , timbulkanlah bangkainya supaya semua persoalan temui jawapannya. Walau setiap hari tiada bukti yang sahih yang mampu merungkai segalanya namun aku tetap setia menanti di depan kaca tv, mengharapkan ada keajaiban. Walau hakikatnya aku tak punya kaitan dengan sesiapa pun di dalam pesawat MH370 , sama ada penumpang mahu pun anak kapal , tapi sebagai rakyat Malaysia , aku tetap prihatin dengan kejadian yang menimpa MH370. Doa aku moga Allah tunjukkan kebenaran dan permudahkan segala urusan yang melibatkan MH370. Al-Fatihah buat mangsa. Buat keluarga mangsa , banyakkan berdoa dan bersabar. Ini semua dugaan dan ujian Allah untuk menguji sejauh mana keimanan kita menghadapi ujian Nya. 


No comments:

Post a Comment